Saturday, 3 March 2012

TIPS MENGHADAPI PUTUS CINTA



     
"  Arrgghhhhh..!!! tension...putus cinta lagi sob..sobbb..isskkhh..!! isskkhhh..!!! frust menonggeng...tak selera nak makan dan minum 7 hari 7 malam..gara2 frust yang teramat sangat. "
           Pada yang putus cinta tu,janganlah sampai putus asa dan berhenti berharap. Jangan dilayan sangat kekecewaan tu. Kecewa memanglah kecewa, siapa tidak kecewa bila seluruh hati dan perasaan sudah diserahkan pada seseorang yang kita cintai,last2 putus di tengah jalan. Ingatkan impian yang dibina akan berakhir di jinjing pelamin,rupanya putus di tengah jalan.Putus cinta memang menyakitkan pada awalnya tapi insyaAllah semua akan ok dan kembali seperti sediakala nanti.Masa akan merawat segalanya. 
           Dibawah ni kita kongsikan bersama tips-tips bagi mereka yang putus cinta..Bagaimana untuk menangani kekecewaan putus cinta dan melupakan si Dia yang telah mengecewakan anda...selamat mencuba..!




BUANG / BAKAR, SOROKKAN ATAU JAUHI  SESUATU BENDA ATAU TEMPAT YANG BOLEH MENGINGATKAN ANDA KEPADANYA
Pakar psikologi berpendapat bahawa sesuatu elemen, objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan.Paling penting telefon bimbit,tukar terus sim card anda dan buang nombor telefon si Dia dari hp anda. Senang ceta,kalau rasa sayang nak bakar atau buang barang2 pemberian si dia,ambik kotak dan packing jak barang2 tu..Kemudian letakkan di satu tempat yang tersorok atau hantar balik kg yg berpuluh2 kilometer jauhnya dari tempat tinggal anda. Jadi,klu teringat2 dan nak tengok pun susah ckit ambik balik barang2 tu..Lagi 1,ingat kaki tu jangan gatal2 nak p tengok tempat2 yang selalu kita lawati bersama si dia atau tempat2 yang ada kenangan dengan si dia. Tegaskan di hati anda dan keraskan hati anda untuk tidak akan tengok barang2 pemberian si Dia,gambar2 si Dia atau p tempat2 kenangan anda dan si Dia.




JANGAN TERUS MELAYAN PERASAAN DAN BIARKAN DIRI ANDA HANYUT OLEH PERASAAN
Inilah kesalahan yang sering sangat dilakukan oleh orang2 yang sedang putus cinta. Melayan perasaan sedih dan kecewa siap dengar muzik2 sedih dan nangis2. Janganlah buang masa buat perkara macam tu..tiada faedahnya pun. Hanya akan menambahkan kesedihan dan tidak mustahil meningkatkan risiko untuk melakukan perkara2 yang tidak masuk akal. Come on,babe..! putus cinta tak semestinya kehidupan anda harus berakhir. Life must be go on.Lawanlah kesedihan itu walau sesukar mana pun. Jika orang lain boleh melawannya,kenapa anda tidak..?! yakin boleh..!! go go chaiyok..!!!





SIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN KERJA2 ATAU ORANG DISEKELILING ANDA.
Elakkan bersendirian atau duduk berseorangan dalam keadaan ini. Sibukkan diri anda dengan melakukan kerja2 seperti mengemas rumah,memasak dan sebagainya atau sibukkan diri anda dengan melakukan aktiviti2 riadah seperti bersukan,keluar bersama rakan2,window shopping bersama rakan2 dan sebagainya. Jangan lakukan aktiviti yang tidak berfaedah pula dan menjejaskan diri anda.Carilah seseorang yang akrab dengan anda dan luahkan perasaan anda dengannya. Paling bagus sibukkan diri anda dengan kumpulan atau komuniti yang anda selalu join.Enjoy yourself...!




BERFIKIRAN POSITIF, TERIMA PERPISAHAN DAN DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Be positif. Ingat sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Terima perpisahan dan Qada&Qadar Allah. Mungkin dia bukan jodoh yang diciptakan Allah untuk anda. Allah telah mentakdirkan seseorang yang lebih baik dari dia untuk bersama anda. Atau pun kalau pun dia jodoh anda, mungkin 1 hari nanti anda akan ditemukan semula bila keadaan sudah betul2 meyakinkan. Tapi janganlah terlalu berharap kelak kecewa lagi.Bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan anda dan jangan bersedih.. Cuba perbaiki diri dan tingkatkan amal ibadah.. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.' Banyakkan berdoa. Tiada yang lebih mengasihi dan menyayangi hambaNYA selain dari DIA.





BUKA BUKU BARU.
Tutup rapat2 kenangan lama dan buka buku baru. Be optimis. InsyaAllah, semuanya akan kembali seperti sediakala. Beri peluang kepada diri anda untuk mengecapi kehidupan baru.. buku baru,coretan baru,semangat baru..Semoga berjaya..!!





No comments:

Post a Comment