Allah menguji setiap hambaNYA di muka bumi ini dengan pelbagai ujian. Adakalanya kita diuji dengan kehilangan,kesusahan,kesengsaraan dan bermacam2 lagi. Tapi ingatlah, Allah tidak menguji hambaNYA melebihi tahap kemampuan hambaNYA. Sesungguhnya setiap ujian yang diturunkan Allah pada hambaNYA telah dinilai ukurkan dengan kemampuan kita dan memang sesuai dengan kesabaran,kekuatan dan ketabahan yang kita miliki ..oleh itu,janganlah meminta dikecilkan ujian tapi mintalah dibesarkan iman dalam menghadapi ujian. Bersabar, berusaha dan berdoa..Tawakkal adalah kunci kejayaan dalam menghadapi sesuatu ujian. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia belaka.. Allah turunkan hujan dan kilat serta mendung kelabu. Kita menangis dan tertanya tanya ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi...
Sesungguhnya Allah turunkan ujian untuk kita berfikir, merenung diri dan mengingatiNYA. Untuk kita kembali kepada sunnah NYA. Untuk kita mengingati apa yang telah kita lupakan.Untuk kita pelajari apa yang kita tidak ketahui. Untuk kita mengambil berat perkara yang telah kita abaikan. Tanpa ujian kita leka dengan duniawi dan semakin jauh dari pencipta.Ujian itu mendekatkan kita dengan kasihNYA ya Rabbi.Ujian itu mengingatkan kita tentang fitrah kita manusia biasa. Dan ujian itu mengingatkan kita kepada agungnya kasih sayang Allah kepada kita. Mintalah pertolongan daripada Allah dalam menghadapi ujian, InsyaAllah jiwa tenang, Kebahagiaan menanti...
Ingatlah bahawa apa yang berlaku hari ini pada kita memang telah ditentukanNYA dan akan tetap berlaku pada kita walau sehebat manapun kita berjuang untuk mengelakkan nya.Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya:
'' Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa "
Semua ini sudah jelas tertulis dalam Luh Mahfuz. Semua ini sudah jelas ditakdirkan dan semua ini menuntut kesabaran,ketabahan dan keimanan kita. Anggaplah dugaan dan cabaran adalah ujian yang menilai sejauhmana kuatnya iman,sabar dan tabah kita dalam menghadapinya. Yakinlah kita dapat menghadapi semuanya. Kerana Allah tahu kita mampu menghadapinya. Semua ini telah tercatat di dalam Al Quran yang bermaksud ;
" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."( Al-Baqarah:286 )
Adakala kita diuji dangan kehilangan atau orang yang kita sayangi meninggalkan kita. Janganlah menyalahkan diri sendiri dan menyesali kekurangan diri.Allah lebih menyayangi mu. Serahkan segalanya kepada Allah.Ingatlah, Jika kamu berikan hatimu yang kudus kepada manusia, dia akan menghancurkannya..tapi,sekiranya kamu berikan hatimu yang hancur luluh itu kepada Allah..DIA pasti akan memperbaikinya...! Setiap yg blaku ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan perngorbananmu, Bila mana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata, Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti... Jadikan ujian ini satu pengalaman dan ingatlah pengalaman adalah guru yang terbaik kepada kehidupan.
Tenangkan hati dan tabahkan diri dalam menghadapi ujian. Tiada kehidupan tanpa ujian. Tiada cabaran yang tidak menguji keimanan..bersabarlah. Sesungguhnya kebahagiaan itu sentiasa ada untuk orang orang yang bersabar. Itu janji Allah kepada kita hambaNYA. Jangan biarkan dirimu tenggelam dilautan kekecewaan tetapi bangkitlah dengan penuh semangat waja dan hayunkan langkah gagahmu untuk menghadapi segalanya dengan penuh keimanan di dada. InsyaAllah, setiap yang kau usahakan pasti akan ada keberhasilannya. InsyaAllah, ada sinar mentari menunggu mu di hujung jalan kegelapan. Ada senyumnya di pengakhir tangisan. Ada perkara yang lebih baik menantimu di hadapan. Hadapi ujian dan cabaran, kuatkan semangat dan bertawakkal. Sesungguhnya ujian itu akan mengaku kalah kepada kekuatan,kesabaran dan keimanan mu...!!
" Semoga Allah kurniakan aku keperibadian seanggun Siti Khadijah , hati setabah Sumayyah dan jiwa sesabar Zinnirah Al Mumtahanah dalam mengharungi setiap dugaan dn cabaran di hari mendatang... " Amin Ya Rabbal Al-Amin..
Terima kasih
ReplyDelete