Seperti yang semua maklum,bandar Kudat diserikan dengan pemandangan lautan yang biru dan terbentang luas. Di Esplanade Sidek inilah , kita boleh menikmati pemandangan laut dengan lebih selesa, dan menyeronokkan. Ini kerana, Esplanade Sidek mempunyai ramai pengunjung pada waktu malam.
Papan Tanda Pintu Masuk Utama Esplanade sidek.
Kreatif,Unik dan nampak kekampungan.
Sesuai dgn citarasa penduduk Malaysia.
Sesuai dgn citarasa penduduk Malaysia.
Terdapat berbagai2 pemandangan menarik di Esplanade Sidek ni. Tengok papan tandanya pun dah unik,ala2 kampung g2... Dhia paling suka melepak sambil minum2 di sini pada waktu malam. Esplanade Sidek ni bolehlah dikatakan tempat orang Kudat berkumpul pada waktu malam.
Yang ni pemandangan pada waktu malam di tepi sebuah restoran di atas air yang terdapat di Esplanade Sidek, Kudat.
Gambar ni pula pemandangan pada waktu siang di Esplanade Sidek,Kudat. Cantikkan....memang sesuai untuk pencinta kedamaian dan kaki pancing...Jom kita tinjau2 lagi pemandangan seterusnya di Esplanade Sidek ni..
Memang indah,menenangkan dan mendamaikan pemandangan di sini. Bagi yg putus cinta,sangat sesuai untuk mencari ketenangan hikhik..!! (jgn marah org pts cinta )
Bestnya tangkap gambar kat tempat ni...bersih..Kudat mmg terkenal dgn kebersihan bandarnya. Kan Kudat bandar terbersih di Malaysia ni..Syabas,Kudat...!!!
Menara jam Esplanade Sidek, Kudat....Wlupun tak lah macam Eiffel Tower,tapi tetap menarik tau...!! Best ni klu pasangan pengantin tangkap gambar outdoor kat sini.....
Rumah di atas air di Esplanade Sidek , Kudat. Rumah ni merupakan tempat nelayan memunggah dan menggumpul hasil tangkapan mcm ikan,sotong dan udang setiap hari.
Kat Esplanade Sidek ni juga terdapat berbagai pilihan gerai dan restoran untuk menikmati hidangan.....Jom jalan2 cari makan..
Sebenarnya ada banyak lagi gambar2 menarik di Esplanade Sidek,Kudat ni tp Dhia x upload kan di sini. Kalau nak korang datanglah berkunjung sendiri ke sini.. Klu bercuti list kan tempat ni sebagai salah satu tmpt korang nak datang, lgpun tmpt ni x memakan budget yg besar sngt...apa lg, dtglh sndri saksikan pemandangan di sini..klu datang sini jangan lupa cari Dhia k..hikhik..!
Salam perkenalan Dhia...
ReplyDeletehttp://dcomey.blogspot.com