telah kita lakukan. Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Yang penting kita sudah menyedari kesilapan itu dan jadikan nya satu iktibar..ingatlah, pengalaman adalah guru terbaik dalam mendewasakan dan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Tidak semua yang jahat itu tidak baik untuk kita,dan tidak semua yang bagus itu baik untuk kita. Bak kata pepatah ' Manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.. ' Ingatlah fitrah kita manusia biasa. Cuma apa yang paling disesali adalah sikap segelintir orang yang bertindak mengadili kita dengan melihat kesilapan yang telah kita lakukan. Sikap segelintir orang yang mempersoalkan dosa pahala kita seolah2 mereka lebih mengetahui tentang dosa pahala kita melebihiNYA. Sikap sesetengah orang yang bertindak sebagai hakim dan terus menghakimi kita seolah2 mereka lupa pada ketentuan Allah. Sikap sesetengah orang yang membuka keaiban kita dan menjadikan keaiban kita modal untuk mereka menjatuhkan maruah kita. Mereka terlalu ingin melihat kita jatuh terduduk dan hilang sokongan. Tapi jangan berputus asa dan mengalah. Jangan tunjukkan kelemahan mu dan jangan menangis bila kita diperlakukan sebegini. Ingatlah, Hapuskan airmata mu. Tadahkan kedua tanganmu dan sandarkan duka dan kesedihanmu di hadapan Allah.Sebab dialah tempat bersandar di saat tempat2 bersandar lain mengkhianatimu..
" " Sesungguhnya hnya kpd Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku " ( Yusuf :86 )
Islam jelas sekali mencegah umatnya melakukan perbuataan yang boleh mengaibkan orang lain.Cuma mungkin memang sudah fitrah manusia biasa, terlalu suka melihat kejatuhan orang lain. Dengan membuat pendedahan keburukan orang lain, mereka fikir mereka akan mendapat sokongan dan berupaya menjatuhkan orang yang diaibkannya. Mereka beralasan kononnya mereka menceritakan perkara yang sebenarnya. Ingatlah wahai hamba Allah Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa. Jika kita menceritakan keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa.
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
Ingatlah, setiap manusia ada kekurangannya . Ada kebaikan dan ada keburukan yang dilakukan nya. Tiada manusia yang sempurna dan tiada juga manusia yang terus menerus melakukan kesilapan tanpa menyedarinya. Sesakit mana pun hati kita diperlakukan mereka, sedalam mana luka dan kecewa pun kita dengan kesilapan yang dilakukan oleh mereka, bersabarlah. Janganlah memilih jalan untuk mengaibkan orang tersebut dan menjatuhkan maruah mereka dengan pelbagai cara termasuk menceritakan keaiban mereka kepada orang lain atau menyebarkannya melalui media sosial seperti Facebook dan sebagainya.Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang berbunyi ;
Kadang2 kita terlupa ada perkara yang boleh kita kongsikan dengan orang lain dan ada sesetengah perkara yang patut kita rahsiakan. Janganlah buka pekung di dadamu dengan menceritakan perkara yang dianggap 'rahsia dalam kelambu' dengan harapan mereka yang mendengar akan simpati terhadapmu, menyokongmu dan akan menyalahkan orang yang menyakitimu. Mereka yang mendengar cerita rahsia mu hanya akan mendengar kemudian menyampaikannya kepada yang lain,dan yang lain akan menyampaikannya lagi kepada yang lain. Mereka tidak akan dapat membantu sedikit pun dari masalah mu malah hanya akan mendedahkan kelemahan dirimu. Berfikiran matang dan optimis dalam menangani apa juga masalah dan tidak perlu menerangkan siapa salah dan siapa benar kepada sesiapapun kerana kebenaran itu akan datang dan kelihatan dengan sendirinya. Sesungguhnya berdiam diri merahsiakan masalah mu dan berusaha secara senyap2 adalah lebih baik daripada mendedahkan segala2nya dan berpeluk tubuh. Tidak perlu menceritakan keaiban orang lain atau menghina perbuataan orang lain kerana Allah maha mengadili hambaNYA. Ingatlah,
Manusia, kt siapa untuk menilai dosa pahala & kesalahan org lain..?
~ Kt spa utk menghakimi dosa & kesalahan org lain..?
~ Kt spa utk menetapkan dosa & kesalahan org itu sdh diperbaiki atau belum, taubatnya dtrma atau x ? mengalahkan Maha Pencipta yg Maha mengetahui.
~ Kt spa utk mempersoalkn kjujuran org lain...?
Mudahkan untuk kita menuding jari dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku..
tapi pernah tak kita terfikir kenapa Allah ciptakan bentuk jari kita apabila kita menuding jari pada orang lain,cuma satu jari yang menunjuk pada orang lain..tapi 3 jari menunjuk kembali pada diri kita..
pasti ada seribu satu rahsia disebalik penciptaanNya..mungkin salah satunya, sebelum kita menuding jari pada orang lain,fikirlh dulu. Sebelum menyalahkan orang lain,rendahkan ego kita sebagai seorang hamba yang sangat hina di muka bumi Allah yang indah ini..
Sedar dosa,kesalahan dan kelemahan diri sndri itu lbh baik drpd menuding jari ke arah org lain. utk renungan diri sndri & kwn2 jg..
Sesungguhnya aku juga manusia biasa. Tidak lepas dari kesilapan.
No comments:
Post a Comment