Terbuka satu video yang menarik mengenai ' Aiskrim Goreng'. Mudah jak,blh cuba..jom kt tonton sama2. Pas ni blh praktikkn.
Info tambahan :
- Cornflakes-pastikan betul2 hancur
- Minyak - pastikan betul2 panas
- Elok masukkan dari tepi kuali
- Goreng sekejap sahaja.Tidak sampai 1 minit. Lapisan luarnya mudah masak.
* Kredit kepada Chef Hairul atas video ni.
" Selamat Mencuba "
" Pisang Goreng Chrunchy "
Sumber : Dapur KakZu
BAHAN BAHAN
1) Pisang abu @ nangka ( secukupnya )~ di buang kulit dan di belah 2
2) Tepung beras ( 1 cawan )
3) Tepung gandum ( 1 cawan )
4) Marjerin ( 2 sudu besar ) kkzu gune buttercup dalam tin
5) Gula ( 1 sudu besar )
6) Garam ( secubit )
7) Baking powder ( 1 sudu kecil ) ~ di campur dengan 1 sudu kecil air ( akan sedikit berbuih ye )
8) Air ( 1 ½ cawan ) kalau pekat tambah air ye
9) Pewarna kuning telur @ lemon yellow ( ¼ sudu kecil )
10) Minyak ( secukupnya ) UNTUK MENGGORENG
CARA CARA
1)Satukan tepung gandum dan tepung beras ke dalam bekas
2) Masukkan marjerin dan gaul dengan tepung sehingga menjadi seakan serbuk roti
3)Masukkan gula dan garam
4) Masukkan air dan bancuh sehingga menjadi sebati dan tidak berketul
5) Masukkan bancuhan baking powder dan pewarna
6) Panaskan minyak dan celup pisang ke dalam tepung yang siap di bancuh, goreng pisang hingga kekuningan keemasan
SAMBAL KICAP
1) Cili api ( 20 biji )
2) Bawang puith ( 1 ulas )
3) Gula ( 1 sudu besar )
4) Kicap ( 2 sudu besar )
Air ( secukupnya ) 1 sudu besar
Cara cara
1) Masukkan cili api, bawang putih dan gula dalam lesung batu.Tumbuk hingga lumat
2) Masukkan kicap dan air secukupnya.
TIPS : Sebelom celopkan pisang ke dalam adunan tepung tuu ..Celupkan @ kelepek2 kan pisang kat atas tepung gandum dulu,,pastu baru celopkan pisang dan goreng supaya butternye melekat elok.
" Selamat Mencuba "
Mood rajin tiba2 meronta2 dalam diriku kihkih..!! tidak dpt tidak,kena layan mood ni..dengan seberapa segera capai bahan2 yg ada kat dapur time tu,buat something simple,faster n easy...Taraaaaaa....!!! jadilah " Apam Ladybug " yg comel..( pas tu mcm x smpi hati plak nak makan hukhuk..!! )
" APAM LADYBIRD "
Bahan2 :
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 260 gm tepung gandum
* 180 gm gula halus
* 150 gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil esen oren/vanila (ikut suka)
Inti :
* Filling Blueberry/Strawberry (ikut suka )
Cara membuatnya :
~ Mixer semua bahan2 hingga kembang dan gebu
~ Ambil 1 sudu - Warnakan hitam
~ 3 sudu - warnakan Merah
~ lebihnya biarkan warna putih.
~ Masukkan 1/3 adunan putih dlm papercup ( jgn lupa letakkan papercup dlm acuan lompang) letakkan inti dan tutup lg dgn adunan shingga 3/4 penuh dlm papercup
~ masukkn adunan hitam,merah dan putih dlm paperbag.Gunting kecil dhujungnya.
~ lukiskan corak ladybird guna wrna merah,titik hitam di badan dan putih sbg mata ladybug.Titikkn hitam d atas putih sbg mata ladybird. masak dgn kaedah mengukus.
" Selamat mencuba "
~ Terima order Birthday Cake dari seorang kawan...untuk anak dia umur 5 tahun ..Dia ckp kalau boleh Kek Angry Bird sbb anak dia minat sangat Angry Bird..Actually, kawan ni awal2 lg bgtau.Lg 2,3 hari sebelum Birthday anak dia tu..ntah mcmna blh lupa pla..hnggakan hari Birthday tu dia call..dialog lebih kurang bunyi mcm ni
"Daling, siap udah kek yang aku order tu..? " dia tanya..
" esok jgkan birthday nya.." aku jawab dengan selamba...
" Hari ni,jam 6:30 ptg ni.." Dia bgtau.. aku x puas ati ni...apasal bg awal Birthday Party x bgtau..isshh..isshh...
" Aikkksss..! bkn hari Rabu kh Birthday anak mu tu Daling.?" Aku tanya lagi..
" Kan hari ni hari Rabu.." dia pula jawab dengan selamba kali ni..
dan dengan segera aku bergegas bangun dr baring ( bngun tidur sbnrnya hehe..) kelam kabut ke dapur masak kek. Dalam kelam kabut tu,time deko kek baru aku tau pewarna Merah dah abis..jdnya Kek Angry Bird Biru lah pula..ahahha..tp syukurlh,kawan tu ckp ok...dan mmg sapu abis pnya..hehe..
~ 07 February 2012 ~
Tiba2 mau makan Tat telur pula ...tanpa buang masa baking Tat Telur..Tat Telur memang kuih kegemaran aku,mummy,kakak dan seluruh family. Tak pandai boring makan..inilah Tat Telur hentam2 yang akhirnya siap aku buat dalam masa yang singkat sahaja. Jooommm minum petang...!!!
" Resepi Tat Telur "
~ PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g tepung Gandum
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara Membuatnya :
~ Pukul butter dan gula sampai kembang.
~ Masukkan telur. Pukul lagi sampai kembang.
~ Masukkan tepung dan gaul sampai jadi doh.
~ Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
~ bakar selama 10min pada suhu 180.
~ Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
~ Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Ni cheese cake yang ditempah oleh boss aku..utk Birthday anaknya yg ke 17 Thn...Dia mau sesuatu yg simple je. Selalu org yg tempah Cheese Cake ni dari Dhia msti nak tempah lagi..sbb rasanya yg sedap dan bg penggemar Cheese, inilah Cake yg dicari2 selama ini..."Seperti berenang di lautan Cheese...yummy..!! " hehe..
" Marble Cheese Cake "
Bahan2 untuk Base :
~ 300 gm Biskut Oreo - Buang inti,hancurkan.
~ 50 gm Butter - cairkan
( Ramas Biskut oreo bersama butter, tekankan dalam loose tin. )
Bahan untuk kek :
~ 500gm susu cair.
~ 250gm susu pekat
~ 4 biji telur ( 2 biji ambil putih,2 biji merah shj )
~ 2 sudu tepung jagung.
Cara membuatnya :
~ Mixer Cream Cheese dan susu hingga gebu.
~ masukkan tepung jagung dan telur.Mixer lagi.
~ Tuangkan ke atas base kek tadi. Bakar secara kaedah 'bain-marie' d dalam ketuhar pada suhu 160 darjah c selama 1 jam.
" Selamat Mencuba "
Aneka Kek Lapis Sarawak..ni Kek Lapis Gulung Sarawak. Really colourful...coraknya pun unik. Sllu org tempah ni kat Dhia di musim2 perayaan. Cantik kan hidang untuk tetamu, mesti tetamu yang datang terpikat dan tak jemu mata memandang.. Ada bnyk corak dan jenis lg sbnrnya, Dhia cuma letak sebahagian je kat sini..
Mmmm..berfikir menu untuk minum petang..rindu pula mau makan Pizza. P restoren Pizza x sesedap yang dibuat dengan tangan sendiri. Kali ni jom kita sama2 baking Pizza..sedap untuk minum petang dan dinikmati bersama keluarga tercinta. Dhia suka sangat makan pizza handmade ni. Mmg sedap..cubalah..!!
Bahan2 Doh :
200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung
- Gaul tepung dgn butter,susu,garam,gula,yis.
- masukkan air dan uli hingga jd doh.
-terapkan di acuan bulat atau acuan pizza ( griskn tlebih dahulu )
- bakar dlm oven sehingga separuh masak ( dlm 15 minit )
bhn2 utk topping
* 400gm isi ayam kisar ( masak dgn sdikit mnyk dan tapis dgn letakkn tisu d bwh)
* 1 cawan sos prego mushroom
* Cheedar cheese (utk parut di atas pizza)
* Mozarella Cheese ( Parut di atas pizza ) - saya x guna sbb kat sini ssh sngt cri bnda ni.
* Mushroom ( dalam tin ) _ potong nipis2
* Cili Benggala (potong nipis dan memanjang )
* Nenas kiub ( saya guna dlm tin )
* Sosej ayam - hiris nipis2.
Cara membuatnya:
~ Ambil roti pizza yg telah dimasak separuh masak td. Sapukan Sos prego.Taburkan isi ayam,mushroom,Cili benggala,nenas dan sosej ayam.Akhir sekali tutup dengan memarut keju cheddar dan mozarella di atas pizza.
~ Bakar dlm oven (20 minit)
~ Setelah masak,letak mayonis dan sos di atas pizza.sedap dinikmati ketika masih panas.
" SELAMAT MENCUBA "
Dhia nak buat kek,tapi malas nak bakar2 pla..last2 Dhia buat ' Oreo Cheese cake ' . Senang je,buat pas tu masuk peti sejuk..Sedap,ala2 ais krim g2. Mcm ketagih pla makan kek ni,rasa sekali pasti nak lagi. Cubalah..!
' Oreo Cheese Cake ( chilled ) '
Lapisan Bawah :
* 300g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
* 150 g butter ( dicairkan )
Kek :
(A)
* 2 biji kuning telur
* 120 g gula
* 160 ml susu
(B)
* 250 g cream cheese
* 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
* 250 g whipping cream
* Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
* 2 keping biskut Oreo ( ramas )
Cara-cara
Lapisan Bawah :
~ Gaulkan biskut dan mentega. Tekankan dalam acuan loose tin.
~ Letakkan dalam peti sejuk.
Kek :
~ Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati.
~ Pukul cream cheese dan fresh cream sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
~ Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam
" Selamat Mencuba "
' Span Cheese Cake '
Bahan2 untuk kek span :
* 150 gm tepung superfine
* 150 gm gula castor
* 5 biji Telur
* 1 sudu besar Ovallette
* 1 sudu kecil Baking Powder
* perisa Vanila
* 80 ml air
* 80 ml Minyak Bunga Matahari
Bahan untuk Cream ( Lapisan Luar ) :
* 250 gm Cream Cheese
* 2/4 cawan Susu Pekat
( Mixer kedua,dua bahan sampai gebu dan tidak berketul )
Bahan untuk ditabur :
* 50gm Keju Cheddar
Cara membuatnya :
Kek Span.
~ Mixer Tepung Superfine,Telur,Baking Powder,Ovelette sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan air dan Vanila.Mixer lagi sehingga kembang. setelah itu, masukkan minyak. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
~ Masak dalam Oven dengan suhu 180 darjah selama 45 minit.
~ Setelah masak,keluarkan kek dari acuan dan sejukkan. Kemudian sapukan seluruh kek dengan Cream Cheese tadi. Akhir sekali parut keju Cheddar di atas kek tadi.
" Selamat Mencuba "
Kali ni kita beralih pula ke Resepi dari Negeri Sarawak..apa lagi kalau bukan Kek Lapis...Kek lapis Sarawak memang menarik dan terkenal dengan warna warni, rasa yang sedap dan lapis2 yang bermacam2 corak. Kreatif sungguh..! kita pun blh buat tau,cubalah...
' Kek Lapis Watermelon Cheese '
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips
cara-cara membuatnya
~ Telur, tepung hong kong, horlick dan ovaleette di pukul hingga kembang dan pekat.
mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.
A. warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.
B. warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.
c. warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips
~ Warna dilapisan paling Bawah - Putih.
~ Tengah - Hijau
~ Atas - Merah ( setiap lapisan merah tabur coklat chips banyak2 spya cantik )
~ Bakar menggunakan api atas oven selapis demi selapis( klu nmpk sdh kemerah2an,baru lapis lagi )
" Selamat Mencuba "
* 300g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
* 150 g butter ( dicairkan )
Kek :
(A)
* 2 biji kuning telur
* 120 g gula
* 160 ml susu
(B)
* 250 g cream cheese
* 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
* 250 g whipping cream
* Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
* 2 keping biskut Oreo ( ramas )
Cara-cara
Lapisan Bawah :
~ Gaulkan biskut dan mentega. Tekankan dalam acuan loose tin.
~ Letakkan dalam peti sejuk.
Kek :
~ Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati.
~ Pukul cream cheese dan fresh cream sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
~ Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam
" Selamat Mencuba "
' Span Cheese Cake '
Bahan2 untuk kek span :
* 150 gm tepung superfine
* 150 gm gula castor
* 5 biji Telur
* 1 sudu besar Ovallette
* 1 sudu kecil Baking Powder
* perisa Vanila
* 80 ml air
* 80 ml Minyak Bunga Matahari
Bahan untuk Cream ( Lapisan Luar ) :
* 250 gm Cream Cheese
* 2/4 cawan Susu Pekat
( Mixer kedua,dua bahan sampai gebu dan tidak berketul )
Bahan untuk ditabur :
* 50gm Keju Cheddar
Cara membuatnya :
Kek Span.
~ Mixer Tepung Superfine,Telur,Baking Powder,Ovelette sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan air dan Vanila.Mixer lagi sehingga kembang. setelah itu, masukkan minyak. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
~ Masak dalam Oven dengan suhu 180 darjah selama 45 minit.
~ Setelah masak,keluarkan kek dari acuan dan sejukkan. Kemudian sapukan seluruh kek dengan Cream Cheese tadi. Akhir sekali parut keju Cheddar di atas kek tadi.
" Selamat Mencuba "
Kali ni kita beralih pula ke Resepi dari Negeri Sarawak..apa lagi kalau bukan Kek Lapis...Kek lapis Sarawak memang menarik dan terkenal dengan warna warni, rasa yang sedap dan lapis2 yang bermacam2 corak. Kreatif sungguh..! kita pun blh buat tau,cubalah...
' Kek Lapis Watermelon Cheese '
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips
cara-cara membuatnya
~ Telur, tepung hong kong, horlick dan ovaleette di pukul hingga kembang dan pekat.
mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.
A. warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan.
B. warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan.
c. warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips
~ Warna dilapisan paling Bawah - Putih.
~ Tengah - Hijau
~ Atas - Merah ( setiap lapisan merah tabur coklat chips banyak2 spya cantik )
~ Bakar menggunakan api atas oven selapis demi selapis( klu nmpk sdh kemerah2an,baru lapis lagi )
' Rendang Dynasti '
Bahan2nya:
* 1kg daging} dihiris
* 10gm rempah kari daging
* 120gm kerisik
* Garam secukup rasa
* 200gm minyak masak
* 1 helai daun pandan\2 biji kelapa} ambil santannya -( atau gunakan santan kara dalam 2 kotak kecil..
* 50gm cili kering} kisar
Bahan kisar:
* 200gm bwg merah
* 80gm bwg putih
* 100gm halia muda
* 20gm lengkuas
* 100gm serai
* 10gm buah keras
* 10gm cili padi
Mayang halus:
* 1 helai Daun kunyit
* 5 helai daun limau purut
Cara Menyedianya:
~ Panas minyak, tumiskan kesemua bahan kisar, kacau sehingga naik aroma
~ Masukkan rempah kari daging dan cili kering kisar dan kacau lagi hingga sebati
~ Masukkan daging dan kacau buat seketika
~ Masukkan santan, biar ia mendidih
~ Masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan daun pandan
~ Kecilkan api, masukkan kerisik, kacau dan biarkan rendang pekat
~ Masukkan garam dan setelah daging empuk angkat dan hidangkan...
" Selamat Mencuba "
' Cream Puff '
Bahan2nya :
* 1 1/2 cawan air atau 1/4 liter air
* 125 gm tepung gandum di ayak dengan sedikit garam
* 100 gm planta or mentega
* 3 biji telur ( putihnya dua saja )
* 1/2 camca gula halus
Cara membuatnya:
~ Air, planta dan gula dimasak sehingga mendidih,kecikan api,kemudian masukan tepung dan kacau sehingga tidak melekat di periuk. sejukan lebih kurang 15 minit .
~ Kemudian masukan adunan yg sejuk tadi + telur satu persatu dalam mixer dan putar dan putar dgn kelajuan yg tinggi biar ia nampak macam berongga sikit., sampai betul2 pekat.
~ Masukan dalam plastik yg di ujungnya ada nozel bunga bintang dan tekan kan di tray yg telah di sapu dengan marjerin dan bakarlah pada suhu 200 - 230 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Creamnya:
* 1 tin susu cair
* 1 tin air
* 5/6 sudu tepung kastad
* gula secukupnya
Cara Membuatnya :
~ Kacau Susu, air, tepung kastad dan gula sehingga larut.
~ letakan di atas api dan sentiasa kacau dengan api yg perlahan sampai ia pekat dan masak.
~ Potonglah creampuff yg dah masak tadi dan masukan cream
" Selamat Mencuba "
' Tiramisu Coklat ( Milo ) '
Bahan2nya :
* 250gm creamcheese..
* 250gm whipping cream..
* 100gm gula halus..
~ Mix semua kelajuan sederhana shingga pekat sedikit..
* Biskut finger secukupnya
* 2 sudu kecil serbuk nescafe
* 2 sudu kecil serbuk milo...
* 1 cawan air suam..
~ Larutkan nescafe dan milo dlm air.
Cara membuatnya :
~ Susun biskut yg telah dicelup sebentar dlm air Nescafe tadi..
~ letak adunan krim tadi..
~ susun lagi biskut yg telah dicelup..
~ ltk adunan krim. dan buat berselang seli sehingga siap
~ last sekali taburkan serbuk milo dan nescafe dengan penapis.
~ Simpan dlm peti ais 4 jam @ semalaman.
" Selamat mencuba "
' Kek Karamel '
A)
* 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
~ Jadikan gula hangus ( jangan kacau gula di atas api nanti berketul )
(B) Bahagian atas:
* 1/2 tin susu cair F n N ( Tambah kuantiti kalau suka karamel tebal )
* 70g gula castor
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 biji kuning telur
~ kacau semua bhn perlahan2 ,jgn sampai berbuih2,nnt karamelnye x jd.
(C)-lapisan kek :
* 140g tepung gandum
* 70g gula kastor
* 3 biji Kuning Telur
* 135ml air biasa
* 1sudu teh baking powder
* 45ml minyak masak
~ pukul Kuning Telur,Minyak dan air sampai gebu dan kembang.
~ Masukkan gula,pukul lg sampai naik 1x ganda .
~ Masukkan Tepung dan Baking Powder,pukul lagi sehingga kembang.
(D)-merinque :
* 6 biji putih telur
* 70g castor
* 1 sudu tah krim of tartar
~ Pukul jadikan meringue
Cara Membuatnya :
~ masukkan bahan B ke dalam A.
~ camporkan adunan C & D, kaup balikkan hingga sebati.
~ bahagikan kpd beberape bahagian dan letakkan pewarna
~ msukkan dalam acuan. caranya,ambik 1 senduk mn2 warna,letak di tengah2 loyang,x payah ~ ~Ratakan,kmudian ambik warna lain ,letak di tengah warna yg pertama tadi.Buat begitu secara berselang seli sehingga adunan habis.
~ Bakar cara ' bain marie ' pada suhu 170 darjah selama 50 minit.
" Selamat Mencuba "
' Opor Ayam '
* 1 ekor ayam , potong empat( atau berapa ikut suka hati ler..) dan bersihkan...
* ½ biji kelapa parut, buat santan
* ½ biji kelapa parut, buat kerisek
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar jintan manis ]
* 2 sudu besar jintan putih ] disangai dan kisar
* 2 sudu besar ketumbar ]
* 5 ulas bawang putih ]
* 10 ulas bawang merah ]
* 1 inci halia ]
* 20 tangkai cili kering ] dikisar halus
* 3 batang serai ]
* ½ inci lengkuas ]
* 1 inci kunyit hidup ]
* 2 inci kulit kayu manis ]
* 5 biji buah pelaga ] bahan penumis
* 3 kuntum bunga lawang ]
Cara Membuatnya :
~ Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng ayam separuh masak.
~ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan penumis bersama bahan kisar hingga naik bau.
~ Masukkan santan, asam keping, kacau rata. Masukkan kerisek dan ayam, gaul rata. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
~ Bila ayam telah empuk dan masak,matikan api dan hidangkan.
" Selamat Mencuba "
" Puding Kelapa Muda "
Bahan2 nya :
* 85gm serbuk agar-agar
* 400 ml air
* 225 ml santan pekat
* 2 sudu makan gula pasir
* Air kelapa dan isi kelapa muda
CARA MEMBUATNYA:
~ Didihkan serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
~ Tuangkan santan pekat dan biarkan hingga mendidih.
~ Apabila masak, angkat dan tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
~ Letakkan dalam peti ais dan sedap dimakan time sejuk2.
" Selamat Mencuba "
' Roti Canai " ( Resepi dari adik End Virus )
* 1/2 kg tepung cap rama2
* mentega secukupya
* Susu pekat - 3 sudu makan/secukup rasa
* Garam - secubit/secukup rasa
* Telur - 1 biji
* Air suam secukupnya (jgn terlalu panas)
CARA :
1- mula ambil air suam letakkan susu pekat dan sedikit garam dan gaul sebati.
2- Gaulkan tepung dgn telur sehingga sebati...kemudian masukkan air susu td,uli sehingga jd doh yg xterlalu keras dan xterlalu lembut.
3- Biarkan doh td seketika dalam 5-10 minit.
4- Setelah doh sd sedikit kembang,potong dan buat bulat2 dan salutkan dgn sedikit mentega,biarkan dlm bekas tertutup lebih kurang 10-15 minit.
5- Kemudian tebar ditalam sambil letak mentega dan gulung.
6- Biarkan seketika atau terus leperkan utk di goreng menggunakan mentega dan angkat dan boleh d hidang.
Step 1 - Adunan Roti canai
Step 2 - Gulung macam ni.
Step 3 - Gulung mcm ni, lap mentega dan perapkan.Pas tu canai
" Selamat Mencuba "
' Apam Snow White ( Resepi dari adik End Virus )
* 1 cwn tepung gandum
* 1 1/2 cawan gula (bole kasi kurang ikut suka)
* 1 pek yis (11gm)
~ smua ni gaul sekali....gaul rata dan ketepikan
* 2 cawan nasi sejuk + 3 gelas air(blender hingga hancur & halus)
Cara Membuatnya :
~ tuang bahan nasi tadi ke bahan tepung tadi dan gaul sebati dan biar perap sekurang2nya 1 jam.
~ bole jg warnakan ikut suka
~ masukkan dlm acuan,kukus hingga masak....
' Butter Milk Prawn ' ( Resepi dari adik End Virus )
BAHAN2 :
* 500gm Udang
* 100g mentega / butter
* 250g creamcheese
* 1 tin susu cair
* 4-6 cili padi (tumbuk)
* 4 tangkai daun kari
* Garam,gula secukup rasa
* sedikit sos ikan (xletak pn xapa)
* 1 1/2 sudu makan tepung jagung + 1 1/2 sudu makan air
Cara Membuatnya :
~ Panaskan mentega di kuali sampai cair.
~ Masukkan susu cair + cheese gaul hingga sebati.
~ Masukkan daun kari dan cili tumbuk, didihkan perlahan atas api perlahan sambil2 kacau.
~ Masukkan tepung jagung yg suda + air...dan kacau rata atas api yg sangat kecil sehingga sos mendidih & berkilat.
~ Masukkan udang yg sudah d bersihkan gaul rata dan biarkan mendidih selama beberapa minit lg.
" Selamat Mencuba "
' Red Velvet CupCakes '
Bahan2 :
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)
~ Bahan basah
* 2 biji telur
* 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
* 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
* 1 sudu kecil vanilla essence
* 1 sudu kecil cuka putih
* 1 sudu besar pewarna merah
* Cream cheese topping
* 125 gm cream cheese
* 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
* 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu besar perahan lemon
Cara-cara:
~ Panaskan oven 180 degree celcius
~ Ayak bahan kering
~ pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
~ Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
~ Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
~ Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk.
" Selamat Mencuba "
' Kek Batik '
Bahan2nya :
* 1 bungkus (350g) biskut marie
* 300gm butter
* 2 biji telur
* 1 cwn serbuk Milo
* 1/2 cwn Serbuk koko
* 1 cwn air
* 3/4 cwn susu pekat.
* 1 cawan serbuk nestum
Cara membuatnya :
~ patah2kan biskut
~ Letak periuk di atas api,masukkankoko,milo,air,susu. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
~ masukkan butter,kacau sampai butter cair
~ kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
~ masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
~ taburkan nestum.
~ masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
" Selamat Mencuba "
' Japan Cottonese Cheese Cake "
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
* 110g gula (granulated sugar)
* 6 biji putih telur
Cara Membuatnya :
Utk adunan A:
~ Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler, sejukkan adunan.
~ campurkan ke dlm adunan td tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon dan gaul hgga sebati.
Utk adunan B:
~ Dalam bekas lain, pukul putih telur ( jadikan merinque ). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
~ Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B & kacau smpai sebati.
~ Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan dan d kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
~ Bakar kek dlm sejam, dgn cara bain-marie, pd 160 degrees C / 325 degrees F.
" Selamat mencuba "
' Sotong Sumbat '
Bahan2 nya :
* 10 ekor sotong besar -dibersihkan* 2 cawan pulut -dibasuh bersih dan ditapis
* santan - 1biji kelapa
* garam secukup rasa
* lidi untuk mencucuk
BAHAN SAMBAL :
* 15-20 Tangkai cili kering -direbus dan dikisar
* 2-3 labu bawang besar -dikisar
* 2 ulas bawang putih -dikisar
* 3 sudu besar sos tiram
* 5 sudu besar sos cili
* 4 sudu besar sos tomato
* sedikit gula
* garam secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
Cara Membuatnya :
~ ambil sotong dan diisikan dengan pulut. jgn isi penuh hanya suku saja
~ masukkan pulut pada semua sotong. setelah siap, masukkan kepala sotong ke dlm badannya semula dan dicucuk dengan lidi supaya tidak tercabut.
~ masukkan santan di dalam periuk dan ditambah sedikit garam. masukkan sotong ke dalam santan..
~ masakkan sehingga pulut kembang di dalam sotong. Setelah masak, asingkan ke dalam pinggan
~ panaskan minyak, setelah panas masukkan bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga garing dan naik bau
~ setelah garing, masukkan cili kering dan masak sehingga betul2 masak
~ kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili kedalam kuali. masukkan juga garam dan gula secukup rasa
~ setelah masak, masukkan sotong dan digaul sekejap. tutup api dan angkat sotong kedalam pinggan.
" Selamat Mencuba "
' Blueberry cheese Tart '
Bahan2nya :
TART PASTRY :
* 125g butter
* 60g gula icing
* 250g tepung gandum
* 1 biji kuning telur
* 1/2 st esen vanilla
Cara-cara membuat pastry
~ Putar tepung dan gula dengan speed perlahan
~ Masukkan butter
~ Kemudian campurkan kuning telur dan pukul sebati
~ Campurkan esen vanilla dan uli sehingga menjadi doh
~ Tekan kedalam acuan tart
~ Bakar selama 10 minit pd suhu 150 darjah.
~ Setelah masak dan sejuk,letakkan blueberry filling.
BAHAN CHEESE FILLING :
~ 250g cream cheese
~ 50g gula icing
~ 1 biji kuning telur
~ 20g butter
Cara membuatnya :
~ Pukul cream cheese selama 5 minit dengan speed perlahan
~ Masukkan gula diikuti kuning telur
~ Campurkan butter dan putar selama 5 minit
~ Paipkan ke dalam kulit pastry sehingga menutupi blueberry filling tadi
~ Bakar pada kepanasan 150 c ( bergantung kpd keadaan oven )
' Kek Coklat Moist '
Bahan2nya :
Bahan A (diayak & digaul)
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cwn gula perang
* 3/4 cawan koko
* 1/2 camca kecil baking powder
* 1/2 camca kecil soda of bicarbonate
Bahan B (dipukul)
* 3 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan air suam
Cara membuatnya :
~ Ayak semua bahan2 A.kemudian digaul.
~ Pukul bahan2 B hingga agak kembang.
~ Satukan bahan A & B diselang2kan dengan air suam.kacau perlahan2.(adunan akan jadi kilat dan likat)
~ Sedia utk dibakar mengikut oven msg2 atau dikukus selama 1 jam ( kukus lebih moist )
" Selamat mencuba "
' Kek Pisang '
* 2 cwn tepung gandum
* 1 s/k baking powder
* 1 s/k soda bikarbonat
* 1 cawan gula
* 3 biji pisang yang telak dilenyek
* 1/2 cawan minyak masak
* esen vanila
* 2 biji telur
Cara membuatnya :
~ Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
~ griss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
~ Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi.
~ masukkan tepung.
~ Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati,
~ selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
~ Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
" Selamat Mencuba "
' Kek Durian '
Bahan-Bahan:
* 1 cawan isi durian, buangkan bijinya
* 1 sudu besar tepung susu
* 5 biji telur
* 2 cawan tepung naik sendiri
* 1 ½ cawan gula aising
* 1 sudu esen durian ( blh tkr ke vanila )
* 2 cawan marjerin
* Sedikit garam
Cara Membuatnya :
~ Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
~ Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
~ Masukkan Esen Durian. Sebatikan adunan dengan isi durian.
~ Perlahankan mixer , masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu.
~ Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.
" Selamat Mencuba "
Bahan-bahannya:
Bahan A :
~ 6 biji putih telur
~ 1/4 sudu kecil cream of tartar
Bahan-bahan B :
~ 6 kuning telur
~ 100 g gula halus
~ 120 g tepung naik sendiri
~ 8 sudu besar jus pandan (kalau ssh gunakan esen pandan + air + pewarna hijau)
~ 5 sudu besar minyak jagung
Cara membuatnya :
~ Pukul putih telur dan cream of tartar hingga kental. Ketepikan.
~ Di dalam mangkuk lain, pukul kuning telur dan gula hingga gula larut. Masukkan jus pandan dan kacau biar sebati.
~ Masukkan minyak jagung.
~ Masukkan tepung naik sendiri.
~ Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan putih telur ke dalam bancuhan B.
~ Tuangkan bancuhan ke dalam loyang chiffon yang tidak digris. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 minit.
~ Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan terus terbalikkan loyang tersebut hinggalah kek sejuk dan sedia dikeluarkan.
" Selamat Mencuba "
Bahan-bahannya :
(A)
* 500 gm putih telur
* 350 gm gula kastor
(B)
* 15 biji kuning telur A
* 3 biji telur (sebutir)
* 220 gm susu segar
* 1 sudu teh esen vanila
(C)
* 125 gm tepung gandum
* 50 gm serbuk koko
* 180 gm mentega
(D)
* 1 sudu teh pes coklat
* 1/2 sudu teh pes mocca
Cara Membuatnya :
~ Sediakan tin pembakar 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
~ Putar bahan A hingga gebu dan kental.
~ Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih, masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata dan angkat dari api. Biarkan ia tetap hangat.
~ Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Gaul rata hingga menjadi pes. Satukan 3 dan 4.
~ Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi dan gaul rata. Masukkan bahan D dan gaul sebati.
~ Tuangkan dalam tin pembakar dan bakar secara water-bath selama 45 minit hingga masak pada suhu 180 darjah celcius.
" Selamat mencuba "
"Karipap pusing Inti Sardin'
( Resepi dari kak Hasiah Hashim )
MENGHASILKAN LEBIH KURANG 40BIJI (MENGIKUT SAIZ)
BAHAN-BAHAN (KULIT LUAR):-
350gm tepung gandum
30gm marjerin
170gm air
Sedikit garam
CARA-CARA:-
1. Gaulkan tepung bersama marjerin.
2. Kemudian, masukkan air+garam sedikit-sedikit. Uli menjadi doh.
3. Simpan selama 20minit.
BAHAN-BAHAN (KULIT DALAM):-
150gm tepung gandum
100gm marjerin
CARA-CARA:-
1. Tepung dan marjerin digaul sebati.
LANGKAH DEMI LANGKAH:-
3
1. Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil.
2. Kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis.
3. Leperkan bebola dan canai memanjang.
4. Gulungkan.
5. Leperkan
6. Canai sekali lagi secara menegak.
7 & 8. Gulungkan.
9 & 10. Potong dua.
11. Leperkan dan canai secara bulat atau memanjang.
12. Letakkan inti di sebelah bahagian sahaja.
13. Lipat dua dan kelim bahagian tepi.
14. Buat sehingga selesai semuanya.
15. Gorengkan dan inilah hasil usaha gigih anda.
* API HENDAKLAH SENTIASA DIKAWAL, MINYAK JANGAN TERLALU PANAS ATAU SEJUK KERANA HASILNYA KEMUDIAN TIDAK BEGITU CANTIK.
* DISINI SAYA TIDAK SERTAKAN SEKALI RESEPI UNTUK INTI, MUNGKIN SEMUA SUDAH TAHU. TERPULANG PADA SELERA MASING-MASING UNTUK MEMBUAT INTINYA SAMADA SARDIN, DAGING, AYAM ATAU SEBAGAINYA . . . . SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA . . . ^_^
' Durian Crepe '
( Resepi dari Fanpage Jom Masak )
BAHAN2 :
Durian.. ambik isi nya
.
50 gram tepung gandum..
- 1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( optional )
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
- sebiji telur
3 sudu teh/kecil butter.cairkan
160 ml air
40 ml susu cair atau susu segar
2 sudu besar gula halus atau guna gula kastor je
CARA MEMBUATNYA :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td..
Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.
Kacau sebati dgn menggunakan whisker..
Selepas itu, masukkan pula telur yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telur tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telur tu sila kacau sebati..
Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
Masukkan pula air.. kacau lagi..
masukkan butter cair.. kacau..
Masukkan pewarna ( ikut suka warna apa )
Adunan yg sudah sebati..
Last step, sila tapiskan adunan tersebut..
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz .
CARA MASAK CREPE :
Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..
Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan belakang senduk= adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis.
.
Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..
Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas ..
Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah..
BAHAN INTI :
Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental..
CARA MENGGULUNG CREPE :
Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..
Lapiskan semula dgn krim.
Pastu lipat kulit kiri dan kanan dgn berhati2.
Pastu lipat kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.
Kemudian terbalikkan.
Durian Crepe yg sdh siap & dpotong 2
selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga.. atau nak letak inti pastry cream pun boleh.. kat bwh ni aku copy balik resepi pastry krim dari fanpage Jom Masak..
Pastry Cream :
2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter
Cara2 :
-masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
-nak guna gaul seketika..
" Selamat Mencuba "