Thursday, 16 February 2012

Pantai Bak-Bak, Kudat, Sabah.

Kali ni jom kita menjelajah ke pantai Bak-Bak,Kudat,Sabah. Pantai Bak- Bak  terletak lebih kurang 4 batu dari bandar Kudat. Pantai yang sangat indah dengan lautan membiru dan pasir putih ibarat mutiara. Hembusan angin sepoi sepoi bahasa menggamit hati untuk terus menikmati pemandangan di sana. Pantai Bak Bak merupakan pantai rekreasi penduduk Kudat di hari2 cuti terutamanya di hujung minggu.Sekiranya anda seorang pencinta keindahan pantai, tidak rugi rasanya berkunjung ke pantai ini. Jom sama2 kita tinjau keindahan,keunikan dan kecantikan pemandangan alam semulajadi ciptaan Allah SWT di pantai Bak Bak ini..

 

Pantai Bak Bak..Pemandangan di siang hari. Tenang dan mendamaikan.











                   










Pemandangan di waktu senja. Lakaran merah didada langit saat matahari terbenam betul2 memukau pemandangan.














Pasir putih ibarat mutiara menggamit hati untuk bermain2 di gigi pantai..Betapa indah dan menenangkan pemandangan di pantai ini..














 Senja melabuhkan layarnya..menghayati keindahan sunset bersama yang tersayang memang menyeronokkan di tempat ini.











                                                                                     



Pantai yang menghimpun sejuta kenangan...











Pemandangan Pantai Bak Bak dihujung minggu.Ramai pengunjung datang menghabiskan masa menikmati keindahan pantai ini.

 




Terdapat pondok2 rekreasi dan pelbagai kemudahan lain disediakan di Pantai Bak Bak.









 Jambatan Kayu di Pantai Bak Bak..mcm menggamit sejuta memori pula bila tengok jambatan kayu ni..nampak usang tapi tetap menarik.













Apa tunggu lagi..jomlah berkunjung ke Pantai Bak Bak yang sememangnya menawarkan kepuasan mata bagi pengunjung yang datang. Kaki pancing...tempat ni memang dicari2 selama ni hehe...apapun Dhia ucapkan 'Selamat Datang' bagi yang ingin berkunjung ke tempat ni.

1 comment:

  1. Bagaimana dengan ekonomi berdekatan pantai bak-bak??

    ReplyDelete