Wednesday, 14 August 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri 2013

Hari Raya ke 4 - Kami menziarahi pusara nenda. Malam sebelum tu entah kenapa hati ini menjadi sangat2 sayu. Teringat kenangan2 bersama nenda. Nenda kejutkan aku awal untuk ke sekolah. Nenda siapkan aku ke sekolah,sediakan air panas untuk mandi, ikat poket baju sekolah dengan getah supaya duit syiling bekalan ke sekolah tidak jatuh bila berlari atau leka bermain nanti..Nenda tidak mahu aku kelaparan nanti. Begitu prihatin nya nenda... malah lebih dari itu, nenda sendiri ikut menghantar sampai ke sekolah dan menunggu di pondok sekolah sepanjang masa sehingga waktu balik. Dari kecik sampai dewasa nenda menjaga kami,menguruskan kami dan mengerahkan seluruh jiwa dan tenaganya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Jasa nenda tidak terbalas. Pesanan dan nasihat nenda tidak pernah lekang dari bibirnya..mungkin nenda risau aku terleka nanti. Mungkin nenda mahu aku mempunyai bekalan yang cukup di dada untuk menempuhi usia dewasa ini. Nenda ku sayang, bersama kasih sayang ini... aku cucunya telah dewasa. Dan dengan penuh rasa bangga dan bersyukur, cucumu ini ingin kau tahu bahawa pesanan mu itulah yang telah mendewasakan aku. Pesanan Nenda itulah yang telah ku jadikan panduan dan perisai dalam menghadapi cabaran hidup ini. Sesungguhnya jasa nenda tidak akan pernah ku lupakan. Kasih Sayang nenda tidak akan pernah luput d telan zaman. Terima Kasih atas segalanya nendaku sayang... air mata tidak tertahan menitik di pipi ini. Sesungguhnya aku tersangat-sangat merinduimu..


Nenda..

Hari ini kmi dtg menziarahi pusara sepi mu,

Dgn rasa sebak yg menggumpal d dada..

Pergi mu telah lama, 

tapi kasih syg mu msh segar dlm ingatan kmi seperti baru smlm kau meninggalkan kami..

Hanya kalungan doa dan bingkisan Surah Yaasin dpt ku hadiahkn pada nenda ku syg..

Damailah dikau dlm pengabdian bertemu Maha Pencipta..


Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan nenda ku syg d kalangan org2 yg beriman..


Aamiin Ya Rabbal Al Aamiin..

- AL-FATIHAH -



Pusara sepi nenda...




D Hari Raya yg mulia ini,
dlm kemeriahan dn kgembiraan merayakn hari lebaran....sudahkh anda menunaikn kewajipan pd yg xda..??
- Pd yg telah pergi,jgn dlupa..
AL FATIHAH - 

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR & BATIN "

Ikhlas,
Mas 






Kenapa suka sangat mengaibkan orang lain,menghakimi orang lain...

   


Manusia tiada yang sempurna. Walaupun demikian,janganlah ketidaksempurnaan itu dijadikan alasan untuk terus melakukan kesilapan.Apa yang penting, sesali kesilapan dan perbaiki diri. Kadang2 kita tidak dapat memperbetulkan kesilapan yang
telah kita lakukan. Jangan terlalu menyalahkan diri sendiri. Yang penting kita sudah menyedari kesilapan itu dan jadikan nya satu iktibar..ingatlah, pengalaman adalah guru terbaik dalam mendewasakan dan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Tidak semua yang jahat itu tidak baik untuk kita,dan tidak semua yang bagus itu baik untuk kita. Bak kata pepatah ' Manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dibuang.. ' Ingatlah fitrah kita manusia biasa. Cuma apa yang paling disesali adalah sikap segelintir orang yang bertindak mengadili kita dengan melihat kesilapan yang telah kita lakukan. Sikap segelintir orang yang mempersoalkan dosa pahala kita seolah2 mereka lebih mengetahui tentang dosa pahala kita melebihiNYA. Sikap sesetengah orang yang bertindak sebagai hakim dan terus menghakimi kita seolah2 mereka lupa pada ketentuan Allah. Sikap sesetengah orang yang membuka keaiban kita dan menjadikan keaiban kita modal untuk mereka menjatuhkan maruah kita. Mereka terlalu ingin melihat kita jatuh terduduk dan hilang sokongan. Tapi jangan berputus asa dan mengalah. Jangan tunjukkan kelemahan mu dan jangan menangis bila kita diperlakukan sebegini. Ingatlah, Hapuskan airmata mu. Tadahkan kedua tanganmu dan sandarkan  duka dan kesedihanmu di hadapan Allah.Sebab dialah tempat bersandar di saat tempat2 bersandar lain mengkhianatimu..

" " Sesungguhnya hnya kpd Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku " ( Yusuf :86 )



Islam jelas sekali mencegah umatnya melakukan perbuataan yang boleh mengaibkan orang lain.Cuma mungkin memang sudah fitrah manusia biasa, terlalu suka melihat kejatuhan orang lain. Dengan membuat pendedahan keburukan orang lain, mereka fikir mereka akan mendapat sokongan dan berupaya menjatuhkan orang yang diaibkannya. Mereka beralasan kononnya mereka menceritakan perkara yang sebenarnya. Ingatlah wahai hamba Allah   Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa. Jika kita menceritakan  keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa. 



Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”


Ingatlah, setiap manusia ada kekurangannya . Ada kebaikan dan ada keburukan yang dilakukan nya. Tiada manusia yang sempurna dan tiada juga manusia yang terus menerus melakukan kesilapan tanpa menyedarinya. Sesakit mana pun hati kita diperlakukan mereka, sedalam mana luka dan kecewa pun kita dengan kesilapan yang dilakukan oleh mereka, bersabarlah. Janganlah memilih jalan untuk mengaibkan orang tersebut dan menjatuhkan maruah mereka dengan pelbagai cara termasuk menceritakan keaiban mereka kepada orang lain atau menyebarkannya melalui media sosial seperti Facebook dan sebagainya.Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang berbunyi ;




 “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri "


   Kadang2 kita terlupa ada perkara yang boleh kita kongsikan dengan orang lain dan ada sesetengah perkara yang patut kita rahsiakan. Janganlah buka pekung di dadamu dengan menceritakan perkara yang dianggap 'rahsia dalam kelambu' dengan harapan mereka yang mendengar akan simpati terhadapmu, menyokongmu dan akan menyalahkan orang yang menyakitimu. Mereka yang mendengar cerita rahsia mu hanya akan mendengar kemudian menyampaikannya kepada yang lain,dan yang lain akan menyampaikannya lagi kepada yang lain. Mereka tidak akan dapat membantu sedikit pun dari masalah mu malah hanya akan mendedahkan kelemahan dirimu. Berfikiran matang dan optimis dalam menangani apa juga masalah dan tidak perlu menerangkan siapa salah dan siapa benar kepada sesiapapun kerana kebenaran itu akan datang dan kelihatan dengan sendirinya. Sesungguhnya berdiam diri merahsiakan masalah mu dan berusaha secara senyap2 adalah lebih baik daripada mendedahkan segala2nya dan berpeluk tubuh. Tidak perlu menceritakan keaiban orang lain atau menghina perbuataan orang lain kerana Allah maha mengadili hambaNYA. Ingatlah,

"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat kelak." 






Manusia, kt siapa untuk menilai dosa pahala & kesalahan org lain..?
~ Kt spa utk menghakimi dosa & kesalahan org lain..?
~ Kt spa utk menetapkan dosa & kesalahan org itu sdh diperbaiki atau belum, taubatnya dtrma atau x ? mengalahkan Maha Pencipta yg Maha mengetahui.
~ Kt spa utk mempersoalkn kjujuran org lain...?
Mudahkan untuk kita menuding jari dan menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku..
tapi pernah tak kita terfikir kenapa Allah ciptakan bentuk jari kita apabila kita menuding jari pada orang lain,cuma satu jari yang menunjuk pada orang lain..tapi 3 jari menunjuk kembali pada diri kita..
pasti ada seribu satu rahsia disebalik penciptaanNya..mungkin salah satunya, sebelum kita menuding jari pada orang lain,fikirlh dulu. Sebelum menyalahkan orang lain,rendahkan ego kita sebagai seorang hamba yang sangat hina di muka bumi Allah yang indah ini..
Sedar dosa,kesalahan dan kelemahan diri sndri itu lbh baik drpd menuding jari ke arah org lain. utk renungan diri sndri & kwn2 jg..

   
 Sesungguhnya aku juga manusia biasa. Tidak lepas dari kesilapan. 










Monday, 8 October 2012

' Karma - wajar atau tidak...? '



Hari ini aku ingin bercerita mengenai ' Hukum Karma '. Tajuk ni aku tiba-tiba terasa nak pilih sngt2 sbb aku nmpk di zaman skrg ni ramai sangat yang berdendam dan tidak sabar untuk melihat seseorang yang telah melakukan kejahatan di balas kejahatan,atau dalam tafsiran fikiran  mereka itulah  KARMA... setiap isi dan pendapat dalam artikel ni ada yang aku rujuk atau ambik dari mana2 blog atau pandangan orang lain..biasalh,untuk mengemukakan sesuatu perkara kita perlu berkongsi pengalaman,pendapat dan membuat kajian.. jangan ikut sedap ati yang berdendam tu jak mau bercakap tentang konon2 apa yang berlaku kepada seseorang itu adalah kerana KARMA... tolong jangan konservatif dan buka fikiran dan minda tu sikit.. jangan jadi bodoh sombong pla,konon2 dah buat research itu ini,tapi hasilnya ikut suka hati je nak letak konon2 apa yang berlaku tu adalah Karma padahal time tu dia ikut sakit hati dia yang dipenuhi dengan dendam jak.. 



Sebelum mengatakan apa2 dengan penuh yakinnya,sila rujuk dulu beberapa sumber mengenai KARMA. Jangan pula terus menuding jari atau mencebik mengatakan 'padan muka, ambik Karma ko..! ' atau jangan pula membuat tafsiran sendiri mengenai Karma disebabkan dendam kita pada seseorang... celikkan mata untuk melihat tafsiran atau maksud sebenar ayat tersebut bukan ikutkan hati yang sakit dan tidak sabar untuk melihat seseorang yang telah melakukan kesalahan terkena.. ' Tepuk dada, tanya selera..'




Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ke4, definisi Karma ialah 
1. Semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia
2. Kerama, kutuk, sumpah


Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan.  Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima. ( Tapi jangan lupa definisi ini hanya untuk mentakrifkan hukum Karma dari segi bahasa dan bukan seluruh maksud,istilah dan hukum Karma itu yang sebenar benarnya dan secara keseluruhannya...  )

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma  atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.


Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.  Jika dilakukan perbuatan yang baik,  maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu.  Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci.  Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati,  kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.

Tetapi harus diingat !!!...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.



" Persoalan Hukum Karma Dalam Islam "



Dari segi bahasanya.....Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.


Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.



Tetapi harus diingat sekali lagi !!!...Wahai saudara-saudara seagamaku sekalian, wahai Umat islam...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.



Ini sangat berbeza dengan ajaran islam.   Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga.   Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.





Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. 


Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.




Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.



Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.   
Maksud Kifarah ialah:

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.


 Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Oleh itu wahai saudara2 islam ku sekalian, janganlah kita menganggap musibah/ kesulitan/ kesusahan atau sabagainya ke atas orang lain pada hari ini adalah kerana Karma. Kita sebagai umat islam patut berpegang kepada rukun Iman yang ke enam iaitu percaya kepada Qadak Dan Qadar.  Janganlah kita mengambil ajaran lain selain dari ajaran Islam. Jangan disebabkan kerana dendam kita mempercayai dan mengambil ajaran lain lantas terkeluar dari islam. Auzubillahimannazalik..





Saturday, 15 September 2012

Tolong Ingatkan Aku.......

Untuk Sahabat2 dan semua yang mengenali diri ini...Ingatlah,tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan aku tidak ingin menjadikan ketidaksempurnaan itu sebagai alasan untuk melakukan kesalahan yang sama berulang2...oleh itu,tolong ingatkan aku.....

" TOLONG INGATKAN AKU....."




Tolong ingatkan aku...
Andai aku lupakan Tuhan...
       Dalam kelapangan dan kesibukan...
Dalam kesenangan dan kesusahan...





Tolong ingatkan aku...
Jangan jadi anak durhaka...
Ibubapa jangan sampai dilupakan...
usah melukai hati dan perasaan mereka...





Tolong ingatkan aku...
Supaya ingat pesan guru...
Bukan sekadar ingatan...
Tapi tarbiyyah berpanjangan..


Tolong ingatkan aku...
Dengarlah dan bacalah AlQuran...

ketika radio penuh hiburan...
ketika TV penuh Korea,Jepun dan Hindustan...


Tolong ingatkan aku...
Dimana Islamnya akhirku...
Jika yang dicari keredhaan manusia...
bukan keredhaan tuhan yg Esa...





Tolong ingatkan aku...
jadilah sahabat yang baik...
Senantiasa memberi peringatan...
Senantiasa menerima teguran...






Tolong ingatkan aku...
Kalau bercinta hanya karena-Nya...
Dalam memilih Suami utamakan iman...
Kelak ikatan dihindari syaitan...




Tolong ingatkan aku...
Hidup ini satu kembara...
Kutiplah mutiara dalam perjalanan...
Moga di sana menjadi bekal...


Tolong ingatkan aku...
Diri ini milik Yang Kuasa...
Kepada-Nya diserahkan jiwa...
Segala-Nya Dialah tumpuan...


Jadi andai diri ini melakukan kekhilafan,
Andai diri ini tidak sempurna ,
andai diri ini melakukan kerosakan....
Tolong ingatkan dan maafkan..
Agar diri ini tidak terus hanyut di buai gelombang arus kemegahan dan kesesatan..

Wahai Sahabat, Rakan taulan dan sesiapa pn dluar sna
Andai diri ini terlupa
TOLONGLAH DIINGATKAN...!




Wednesday, 16 May 2012

Dengarlah Wahai Kaum Adam....Bacalah...



" Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan dan kepada perempuan2 yang telah berjaya bangkit kembali atau masih dalam kelukaan,bacalah....sesuatu istimewa didalamnya untukmu...!! "





Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu...
Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, 
seorang perempuan yang dulu hatinya engkau permainkan, 
seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati,
seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, 
seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata,
seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, 
seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, 
seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya,
dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!






Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia.
 Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. 
Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. 
Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Kau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. 
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. 
Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. 
Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. 
Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. 
Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!





Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. 
Bicaranya tidak seiring tindakan. 
Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya.
 Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. 
Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.








Dan,
 setelah sekian lama engkau bersamanya, 
Setelah dia semakin berharap akan cintamu, 
engkau biarkan dia dalam kebingungan, 
menanti saat engkau melamarnya. 
Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. 
Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, 
tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? 
Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya?
Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? 
Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? 
Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, 
lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah.




Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. 
Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu. 
BEKAS? Tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.
Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat!
 Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah.
Pintalah keampunan dari-Nya. 
Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.



Suatu masa dulu,
berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, 
tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, 
kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. 
Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. 
Tidak perlu engkau sapa dia, 
hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan seperti kamu. 
Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya.
 Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu,
 yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. 
Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, 
rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.








Dia kini bangkit kembali, 
membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya. Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. 
Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya!





Wednesday, 9 May 2012

Andai lelaki tahu....



KETAHUILAH WAHAI LELAKI...SELAMILAH ISI HATI 

SEORANG WANITA ITU..!



Andai lelaki tahu

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannyatapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan  perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-katatetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanyakerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah,walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degiltapi dia mahu melihatsejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,“Tolong tinggalkan saya!”,dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi andadan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Thursday, 29 March 2012

Nukilan ku

    Hari ini aku diuji lagi. Ujian yang sangat besar untuk org sekecil aku. Tapi aku akur dan redha,Allah tidak menguji hambaNYA dgn ujian yang x mampu ditanggung oleh hambaNYA. Hari ini aku sedar...sehebat mana pun seseorang cintakan dan sayangkan kita,kita hanya dapat memiliki cinta dan kasih sayangnya..tetapi,bukan jalan kehidupannya. Perkara terbaik yang patut dilakukan ialah melepaskannya untuk dia memilih jalan kehidupan yang diingininya tanpa memaksa atau mempengharuinya untuk terus bersama kita.Biarkan ia terbang sebebasnya seperti burung yang terlepas dari sangkar. Jika benar dia mencintai dan menyayangi kita seikhlasnya,dia akan kembali juga untuk menjadi milik kita.Dengan keyakinan yang luar biasa tapi tidak mengharap, aku lepaskan dia untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Untuk meneguhkan pendiriannya yang tidak tetap pada masa ini.


    Duhai hati.....janganlah kau bersedih lagi. Kekuatan ini sudah lama aku kumpul. Sudah lama aku siapkan dan sediakan. Cuma bila tiba masanya, tercalar juga psikologi ku.. aku kalah dari segi hati dan perasaan. Aku kalah untuk tidak merasa kehilangan dan kesedihan. Tapi aku masih menang dari segi ketabahan. Aku menang dari segi doa. Aku menang dari segi keyakinan dan kesedaran siapa yang lebih cintakan dan sayangkan aku...Allah SWT .

 
 Jika sebelum ini setiap malam aku menadah tangan dan berdoa bersamanya...hari ini aku masih lagi menadah tangan dan berdoa walaupun berseorangan. Memohon agar Allah tabahkan aku setabah2nya dan berikan aku kekuatan lebih dari sebelum2 ini sebab aku bersendirian kini menghadapi segala keperitan hidup ini. Namun aku tetap melangkah dengan keyakinan. Aku dapat menghadapi segalanya. InsyaAllah, aku dapat berdiri teguh biarpun sendirian melawan semua arus dan badai keperihan hidup ini. Sesungguhnya aku tidak berseorangan,Allah sentiasa ada bersama aku...!!

   Pada yang berkenaan, jangan di cari diri ini selagi pendirian belum teguh di hati. Jangan diharap diri ini akan menghamparkan permaidani kesetiaan menanti untuk kau jejaki satu hari nanti. Bila berakhir disini,anggaplah sudah berakhir dan tidak akan ada kesinambungan nya lagi pada masa2 akan datang. Cuma jika memang takdir Allah menemukan aku dgn kau di arena yang lebih meyakinkan,aku tidak akan menolak. Tapi aku tidak pernah mengharap. Bagi aku hari ini aku lepaskan,selamanya mmg sdh aku bebaskan...

     Semoga apa yang berlaku jadi pengajaran buat diri aku sendiri..Kepercayaan penuh hanya boleh diberikan kepada Allah. Jangan berikan hatimu yang kudus kepada Manusia sebab ia akan merosakkannya..Tapi berilah kepada Allah nescaya DIA akan memperbaikinya...Semoga Allah kuatkan imanku,tabahkan aku dan permudahkan urusanku di dunia dan akhirat..Amin Ya Rabbal Al-Amin...