Monday, 8 October 2012

' Karma - wajar atau tidak...? '



Hari ini aku ingin bercerita mengenai ' Hukum Karma '. Tajuk ni aku tiba-tiba terasa nak pilih sngt2 sbb aku nmpk di zaman skrg ni ramai sangat yang berdendam dan tidak sabar untuk melihat seseorang yang telah melakukan kejahatan di balas kejahatan,atau dalam tafsiran fikiran  mereka itulah  KARMA... setiap isi dan pendapat dalam artikel ni ada yang aku rujuk atau ambik dari mana2 blog atau pandangan orang lain..biasalh,untuk mengemukakan sesuatu perkara kita perlu berkongsi pengalaman,pendapat dan membuat kajian.. jangan ikut sedap ati yang berdendam tu jak mau bercakap tentang konon2 apa yang berlaku kepada seseorang itu adalah kerana KARMA... tolong jangan konservatif dan buka fikiran dan minda tu sikit.. jangan jadi bodoh sombong pla,konon2 dah buat research itu ini,tapi hasilnya ikut suka hati je nak letak konon2 apa yang berlaku tu adalah Karma padahal time tu dia ikut sakit hati dia yang dipenuhi dengan dendam jak.. 



Sebelum mengatakan apa2 dengan penuh yakinnya,sila rujuk dulu beberapa sumber mengenai KARMA. Jangan pula terus menuding jari atau mencebik mengatakan 'padan muka, ambik Karma ko..! ' atau jangan pula membuat tafsiran sendiri mengenai Karma disebabkan dendam kita pada seseorang... celikkan mata untuk melihat tafsiran atau maksud sebenar ayat tersebut bukan ikutkan hati yang sakit dan tidak sabar untuk melihat seseorang yang telah melakukan kesalahan terkena.. ' Tepuk dada, tanya selera..'




Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ke4, definisi Karma ialah 
1. Semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia
2. Kerama, kutuk, sumpah


Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan.  Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima. ( Tapi jangan lupa definisi ini hanya untuk mentakrifkan hukum Karma dari segi bahasa dan bukan seluruh maksud,istilah dan hukum Karma itu yang sebenar benarnya dan secara keseluruhannya...  )

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma  atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.


Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.  Jika dilakukan perbuatan yang baik,  maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu.  Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.

Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci.  Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati,  kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.

Tetapi harus diingat !!!...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.



" Persoalan Hukum Karma Dalam Islam "



Dari segi bahasanya.....Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.


Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.



Tetapi harus diingat sekali lagi !!!...Wahai saudara-saudara seagamaku sekalian, wahai Umat islam...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.



Ini sangat berbeza dengan ajaran islam.   Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga.   Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.





Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. 


Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.




Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.



Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.   
Maksud Kifarah ialah:

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.


 Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Oleh itu wahai saudara2 islam ku sekalian, janganlah kita menganggap musibah/ kesulitan/ kesusahan atau sabagainya ke atas orang lain pada hari ini adalah kerana Karma. Kita sebagai umat islam patut berpegang kepada rukun Iman yang ke enam iaitu percaya kepada Qadak Dan Qadar.  Janganlah kita mengambil ajaran lain selain dari ajaran Islam. Jangan disebabkan kerana dendam kita mempercayai dan mengambil ajaran lain lantas terkeluar dari islam. Auzubillahimannazalik..