Wednesday, 16 May 2012

Dengarlah Wahai Kaum Adam....Bacalah...



" Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan dan kepada perempuan2 yang telah berjaya bangkit kembali atau masih dalam kelukaan,bacalah....sesuatu istimewa didalamnya untukmu...!! "





Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu...
Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, 
seorang perempuan yang dulu hatinya engkau permainkan, 
seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati,
seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, 
seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata,
seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, 
seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, 
seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya,
dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!






Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia.
 Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. 
Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. 
Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Kau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. 
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. 
Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. 
Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. 
Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. 
Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!





Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. 
Bicaranya tidak seiring tindakan. 
Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya.
 Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. 
Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.








Dan,
 setelah sekian lama engkau bersamanya, 
Setelah dia semakin berharap akan cintamu, 
engkau biarkan dia dalam kebingungan, 
menanti saat engkau melamarnya. 
Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. 
Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, 
tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? 
Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya?
Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? 
Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? 
Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, 
lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah.




Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. 
Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu. 
BEKAS? Tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.
Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat!
 Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah.
Pintalah keampunan dari-Nya. 
Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.



Suatu masa dulu,
berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, 
tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, 
kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. 
Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. 
Tidak perlu engkau sapa dia, 
hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan seperti kamu. 
Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya.
 Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu,
 yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. 
Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, 
rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.








Dia kini bangkit kembali, 
membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya. Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. 
Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya!





Wednesday, 9 May 2012

Andai lelaki tahu....



KETAHUILAH WAHAI LELAKI...SELAMILAH ISI HATI 

SEORANG WANITA ITU..!



Andai lelaki tahu

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannyatapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan  perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-katatetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanyakerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah,walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degiltapi dia mahu melihatsejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,“Tolong tinggalkan saya!”,dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi andadan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.